Saturday, March 20, 2010

EPL : Liverpool Vs Man U

Pertembungan dua seteru utama di EPL akan berlangsung pada 21 April 2010. Perlawanan ini pasti dinantikan seluruh peminat Liverpool. 3 mata perlu diraih bagi memastikan tempat terakhir Liga Juara Juara milik Liverpool disamping itu kekalahan Man U akan membuatkan mereka tercicir dari saingan liga. Peminat Liverpool pastinya tidak mahu gelaran yang ke-19 akan menjadi milik Man U setelah rekod kemenangan setakat ini terikat 18 sama. Barisan kemungkinan

- Reina -

- Johnson - Carra - Agger - Insua

- Kuyt - Masch - Lucas - Babel

- Gerrard -

- Torres -

Subs - Cavalieri, Maxi, Sotiros, Aquilani, Ngog, Benayoun, Pacheco

Friday, March 19, 2010

Liga Eropah : Suku Akhir

Liverpool yang masih mengharapkan sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini dijadualkan bertemu dengan kelab dari Portugal, Benfica pada pertemuan peringkat suku akhir Piala Eropah. Perlawanan pertama akan berlangsung di Portugal pada 1 April 2010 dan Anfield akan menerima kunjungan gergasi Portugal itu pada 8 April 2010. Jika Liverpool menang pertemuan ini, lawan yang menanti di peringkat separuh akhir sama ada bekas kelab Rafa Benitez iaitu Valencia atau pon bekas kelab Fernando Torres iaitu Atletico Madrid. Berikut ialah undian penuh saingan suku akhir Piala Eropah.

Benfica v Liverpool
Valencia v Atletico Madrid
Hamburg v Standard Liege
Fulham v Wolfsburg

Wednesday, March 3, 2010

Perlawanan Liverpool Bulan Mac

Liverpool dijadualkan bermain 4 perlawanan EPL dan 2 perlawanan Liga Eropah pada bulan ini. Perlawanan pertama menentang Wigan di DW Stadium pada 8 Mac diikuti pertemuan dalam Liga Eropah menentang kelab dari Perancis, Lille pada 11 Mac. Selang 4 hari kemudian, Liverpool akan menanti kunjungan Portsmouth di Anfield dan melengkapkan saingan Liga Eropah pada 18 Mac. Perlawanan yang ditunggu pada bulan Mac ialah perlawanan menentang musuh tradisi, Manchester United di Old Trafford pada 21 Mac dan perlawanan terakhir pada bulan ini ialah menentang Sunderland di Anfield pada 28 Mac 2010.

Wigan 8 Mac 2010
Lille 11 Mac 2010
Portsmouth 15 Mac 2010
Lille 18 Mac 2010
Man U 21 Mac 2010
Sunderland 28 Mac 2010


Football Match : Bambee FC Vs Tepeng FC

Skang dah masuk bulan ke-3 dalam tahun 2010..Bambee FC pon akan ada match yg ke-3 untuk tahun ini..Haha..Kita imbas balik match bulan 1..Game dengan JBM FC berkesudahan dengan tewas 3-5..Bulan 2 plak game sekali lagi dgn JBM FC..Bambee seri 4-4..So ape plak kesudahan dengan match yang ke-3 ni ? Match kali ni kite lwn dgn team2 member tepeng..So aku gelar team ni, Tepeng FC..Tolong update member2 pasal match ni..Aku xorganize game kali ni..Korg contact adik..Dia yang arrange team ngan padang..

Tarikh : 6 hb Mac 2010 (Bday Wan Tapa) get ready telur tepi pdg..
Masa : 5 pm - 7 pm
Venue : Taman Layang Layang , Selayang , tepi MRR2
Damage : Rm 150 per team

p/s - Masih tercari2 kemenangan pertama..