Tuesday, August 31, 2010

Pemain Terbaru Liverpool : Paul Konchesky

Paul Konchesky baru sahaja menyertai Liverpool dengan kontrak selama 4 tahun dan pemain muda Liverpool, Lauri Dalla Valle dan Alex Kacaniklic akan ke Fulham sebagai perjanjian daripada perpindahan itu. Konchecsky yang berusia 29 tahun akan berusaha untuk merebut kesebelasan utama dengan Fabio Aurelio setelah difahamkan yang Insua akan menyertai Galatasaray secara pinjaman untuk musim ini. Beliau akan memakai jersi nombor 3 untuk Liverpool pada musim ini.

Nama : Paul Martyn Konchesky
Tarikh Lahir : 15 Mei 1981
Tempat Lahir : Barking, England
Tinggi : 1.78 m
Posisi : Bek kiri



(1981-05-15)

Monday, August 30, 2010

Siapakah Pilihan Roy Hodgson

Dengan kurang 48 jam lagi 'transfer window' akan ditutup, beberapa pemain telah dikaitkan dengan Liverpool bagi menguatkan skuad ini bagi menghadapi saingan EPL musim ini. Roy Hodgson telah mengenal pasti beberapa posisi yang perlu dimantapkan iaitu serangan dan pertahanan kiri. Musim lepas adalah musim yang paling mengecewakan bagi Fernando Torres dan Liverpool. Tanpa Torres, Liverpool bagaikan pincang dan tidak bermaya di hadapan gol. Ketiadaan pemain yang boleh menggantikan beliau di bahagian serangan juga dikenalpasti punca kurangnya Liverpool menjaringkan gol pada musim lepas.

David Ngog pemain yang baru berusia 21 tahun gagal menyerlah setelah hanya mampu menjaringkan 5 gol dalam saingan liga musim lepas. Selain Ngog, Liverpool tidak mempunyai penyerang yang lain. Dirk Kuyt telah selesa bermain di posisi sayap kanan walaupon posisi itu bukanlah posisi yang digemari beliau. Manakala Ryan Babel juga sering bermain di sayap kiri dan jarang diberi peluang untuk bermain. Situasi ini membuatkan Hodgson cuba mendapatkan beberapa pemain penyerang yang berkaliber bagi mengisi kekosongan yang mungkin ada sekiranya Torres cedera atau digantung. 4 pemain di bawah ini dikhabarkan bakal menyertai Liverpool dalam masa kurang daripada 48 jam ini.

1. Charlton Cole - Pemain kelahiran England ini mempunyai kebolehan mengawal bola dengan baik dan sering dibandingkan dengan Heskey. Cuma apa yang dirisaukan ialah adakah beliau cukup bagus untuk bermain di Liverpool ? Beliau juga tidak mempunyai rekod yang cemerlang di hadapan gawang di mana rekod terbaik peribadi beliau di dalam satu musim liga hanya berjaya menjaringkan 10 gol.

2. Bobby Zamora - Penyerang Fulham berusia 29 tahun ini cukup cemerlang pada musim lepas di bawah bimbingan Roy Hodgson apabila berjaya menjaringkan 19 gol secara keseluruhan di mana 8 gol dalam pertandingan liga dan selebihnya dijaringkan dalam pertandingan Liga Eropah dan Piala FA. Namun penyokong Liverpool pasti mahu nama yang lebih besar untuk menyertai mereka bagi digandingkan dengan Torres.

3. Mario Gomez - Berusia 25 tahun dan memiliki rekod yang mengagumkan semasa bermain untuk VFB Stuttgart apabila menjaringkan 35 gol pada musim 2008/2009 dan 28 gol pada musim sebelumnya. Namun beliau kurang menyerlah selepas menyertai Bayern Munich dan dikatakan bakal dijual jika harga yang ditawarkan berpatutan.

4. Fernando Llorente - Pemain Athletic Bilbao ini amat sesuai untuk bermain sebagai 'target man' kerana memiliki ketinggian 1.95 meter. Berjaya menjaringkan 23 gol secara keseluruhan untuk musim lepas dan sebagai seorang pemain Sepanyol, beliau mungkin gandingan terbaik untuk Fernando Torres.


Liverpool 1 West Brom 0

Setelah mengharungi 3 perlawanan akhirnya kemenangan pertama berjaya dicatat oleh Liverpool di bawah bimbingan Roy Hodgson. Walaupun keputusan agak mengecewakan namun apa yang penting ialah 3 mata yang diraih untuk kembali bersaing dalam kedudukan liga setelah hanya mampu mencatat 1 seri dan 1 kekalahan dalam 2 perlawanan awal. Poulsen membuat kemunculan pertama dalam saingan EPL untuk bergandingan dengan Lucas dan Gerrard diberi peranan sebagai 'Second Striker' iaitu kedudukan di belakang Fernando Torres. Persembahan Liverpool secara keseluruhan agak mengecewakan namun skuad ini harus diberi peluang kerana mereka masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan jurulatih dan juga pengurusan baru. Selain itu, Torres juga berjaya membuat jaringan peribadi yang ke-50 di Anfield pada perlawanan ini melalui rembatan volley hasil hantaran lintang Kuyt. Dengan kemenangan ini Liverpool melonjak ke tangga ke-12 liga setelah memulakan perlawanan dengan berada di tiga tempat terbawah. Selepas ini liga akan berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Euro 2012 dan Liverpool hanya akan beraksi pada 12 September 2010 menentang Birmingham di St Andrews.

Raul Meireles

Pemain yang baru dibeli dari Porto, Raul Meireles hari ini diperkenalkan kepada penyokong Liverpool di Anfield. Meireles yang bermain di posisi midfield akan memakai jersi nombor 4 yang sebelum ini dipakai oleh Alberto Aquilani yang telah dipinjamkan oleh Liverpool ke Juventus untuk musim ini. Beliau berkata perpindahan ke Liverpool ibarat satu mimpi yang menjadi kenyataan dan tidak sabar untuk beraksi dan menunjukkan potensi beliau kepada The Kop. Tambah beliau lagi, Roy Hodgson adalah sebab utama beliau berpindah ke Liverpool setelah pengurus Liverpool itu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan beliau. Dengan kemasukan Meireles, skuad Liverpool kini boleh dikatakan lengkap setelah pemergian Mascherano dan Aquilani. Meireles akan bersaing tempat dengan kapten pasukan Steven Gerrard, Lucas dan juga Poulsen untuk kesebelasan utama Liverpool.

Sunday, August 29, 2010

Liverpool Vs West Brom Astro

Perlawanan antara Liverpool Vs West Brom malam ini akan disiarkan pada jam 15:00 waktu UK iaitu bersamaan jam 22:00 (10PM) waktu Malaysia. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Star Sport Channel 813 bermula jam 9:55 PM.

Match Preview : Liverpool Vs West Brom

Liverpool akan kembali bermain di Anfield untuk perlawanan ketiga EPL dan masih mencari kemenangan liga yang pertama di bawah bimbingan Roy Hodgson. Setelah merehatkan beberapa pemain utama dalam perlawanan Liga Eropah tempoh hari, Liverpool dijangka akan menurunkan barisan terkuat mereka bagi menghadapi West Brom pada malam ini. Pemain-pemain senior seperti Steven Gerrard, Fernando Torres, Martin Skrtel dan Milan Jovanovic dijangka akan kembali ke kesebelasan utama. Barisan kemungkinan malam ini.

- Reina -

- Johnson - Carra - Skrtel - Kelly -

- Kuyt - Poulsen - Lucas - Jovanovic

- Gerrard -

- Torres -

Simpanan

Jones
Aurelio
Babel
Ngog
Pacheco
Kyrgiakos
Spearing

Carling Cup : Liverpool Vs Northampton

Liverpool telah diundi bertemu Northampton di Anfield untuk perlawanan pusingan ketiga Piala Carling . Perlawanan tersebut akan berlangsung pada 21 September 2010. Roy Hodgson pastinya akan menggunakan peluang ini bagi menurunkan barisan pemain-pemain mudanya seperti Danyy Wilson, Jonjo Shelvey, David Amoo dan Dani Pacheco kerana Liverpool akan melalui banyak perlawanan pada bulan September ini. Kali terakhir pasukan yang digelar The Cobblers itu ke Anfield berakhir dengan kekalahan 5-0 hasil jaringan Ian St John, Willie Stevenson, Roger Hunt, Ian Callaghan and Peter Thompson pada November 1965.



Saturday, August 28, 2010

Pemain Terbaru Liverpool : Raul Meireles

Liverpool telah berjaya mendapatkan pemain tengah Porto, Raul Meireles dengan harga sebanyak £10.7 juta. Beliau dijangka akan melengkapkan perpindahan setelah lulus ujian kecergasan minggu ini.

Nama : Raúl José Trindade Meireles
Tarikh Lahir : 17 March, 1983
Tempat Lahir : Porto
Tinggi : 1.78 m
Posisi : Midfielder


Friday, August 27, 2010

Undian Liga Eropah - Liverpool Dalam Kumpulan K

Keputusan undian Liga Eropah sebentar tadi.

Group A: Juventus, Manchester City, FC Salzburg, Lech Poznan

Group B: Atletico Madrid, Bayer Leverkusen, Rosenborg, Aris Thessaloniki FC

Group C: Sporting Lisbon, Lille, Levski Sofia, Gent

Group D: Villarreal, Club Brugge, Dinamo Zagreb, PAOK

Group E: AZ Alkmaar, Dynamo Kiev, FC Bate, FC Sheriff

Group F: CSKA Moscow, Palermo, Sparta Prague, Lausanne

Group G: Zenit St Petersburg, Anderlecht, AEK Athens, Hadjuk Split

Group H: VFB Stuttgart, Getafe, Odense BK, Young Boys

Group I: PSV Eindhoven, Sampdoria, FC Metalist Kharkviv, Debrecen

Group J: Sevilla, Paris St Germain, Borussia Dortmund, FC Karpaty Lviv

Group K: Liverpool, Steaua Bucharest, Napoli, Utrecht

Group L: FC Porto, Besiktas, CSKA Sofia, Rapid Vienna

Perlawanan akan diadakan pada 16 dan 30 September, 21 Oktober, 4 November, 1/2 Disember dan 15/16 Disember.

Europa League Draw

Undian Liga Eropah akan bermula pada hari esok 28 Ogos 2010 jam 12pm waktu UK. Liverpool akan berada di dalam pot 1 bersama pasukan pilihan yang lain. Berikut pasukan-pasukan yang akan berada di dalam pot masing-masing.


UEFA Europa League group stage draw
SeedingClubCoefficent
Pot 1
1Club Atlético de Madrid (ESP, holders)
63.951
2Liverpool FC (ENG)115.371
3Sevilla FC (ESP)
108.951
4FC Porto (POR)
76.659
5Villarreal CF (ESP)70.951
6PFC CSKA Moskva (RUS)66.758
7PSV Eindhoven (NED)
66.309
8FC Zenit St. Petersburg (RUS)61.258
9Juventus (ITA)
59.867
10Sporting Clube de Portugal (POR)
57.659
11VfB Stuttgart (GER)
52.841
12AZ Alkmaar (NED)
48.309
Pot 2
13FC Steaua Bucureşti (ROU)47.898
14LOSC Lille Métropole (FRA)
46.748
15FC Dynamo Kyiv (UKR)
42.910
16RSC Anderlecht (BEL)
42.580
17Bayer 04 Leverkusen (GER)
40.841
18Paris Saint-Germain FC (FRA)
39.748
19Club Brugge KV (BEL)
36.580
20US Città di Palermo (ITA)
35.867
21Getafe CF (ESP)
33.951
22Beşiktaş JK (TUR)33.890
23Manchester City FC (ENG)33.371
24UC Sampdoria (ITA)
30.867
Pot 3
25AC Sparta Praha (CZE)27.395
26AEK Athens FC (GRE)25.979
27FC Metalist Kharkiv (UKR)25.410
28PFC Levski Sofia (BUL)25.400
29Rosenborg BK (NOR)
23.980
30FC Salzburg (AUT)
19.915
31PFC CSKA Sofia (BUL)15.400
32Odense BK (DEN)14.970
33SSC Napoli (ITA)
14.867
34BV Borussia Dortmund (GER)
14.841
35NK Dinamo Zagreb (CRO)14.466
36FC BATE Borisov (BLR)
13.308
Pot 4
37Aris Thessaloniki FC (GRE)
12.979
38SK Rapid Wien (AUT)
11.915
39PAOK FC (GRE)11.479
40KKS Lech Poznań (POL)11.008
41FC Karpaty Lviv (UKR)
7.910
42BSC Young Boys (SUI)
7.675
43FC Utrecht (NED)7.309
44KAA Gent (BEL)
6.580
45FC Lausanne-Sport (SUI)
5.675
46FC Sheriff (MDA)5.458
47Debreceni VSC (HUN)
5.350
48HNK Hajduk Split (CRO)
3.466


Highlight Liverpool Vs Trabzonspor 26 August 2010

Berikut video separuh masa kedua perlawanan antara Liverpool Vs Trabzonspor 26 August 2010.




p/s - Credit video to MilanKakaBaros from Facebook.

Trabzonspor 1 Liverpool 2

Perlawanan Liga Eropah yang berlangsung di Turki sebentar tadi berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan Liverpool. Kelebihan 1 gol yang dibawa oleh Liverpool tidak memberi sebarang makna apabila seawal minit ke-5 kelebihan itu dihapuskan oleh Trabzonspor yang menjaringkan gol melalui Gutiérrez. Jaringan 1-0 itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Dua gol Liverpool dijaringkan pada 10 minit terakhir perlawanan menerusi jaringan sendiri Kacar pada minit ke-84 dan Kuyt pada minit ke-88. Dengan keputusan ini, Liverpool layak ke peringkat kumpulan dengan aggregate 3-1 dan ini merupakan kemenangan pertama Liverpool di Turki dalam perlawanan peringkat Eropah selepas sebelum ini hanya mampu seri sekali dan kalah 3 kali di sini.

Thursday, August 26, 2010

Trabzonspor Vs Liverpool Tiada Di Astro

Perlawanan Liga Eropah antara Trabzonspor menentang Liverpool tidak akan disiarkan secara langsung di Astro. Astro Channel 811 iaitu Astro Supersport akan menyiarkan perlawanan secara langsung antara Aston Villa Vs Rapid Vienna pada jam 3 am dan diikuti perlawanan tertunda Juventus Vs Sturm Graz pada jam 5 am. Jadi harapan kita untuk menyaksikan perlawanan Liverpool pagi esok hanyalah menerusi live streaming di internet.

Wednesday, August 25, 2010

Torres Dan Gerrard Tidak Ke Turki

Persiapan Liverpool untuk menghadapi Liga Eropah menentang Trabzonspor kali ini terjejas sedikit setelah dua pemain bintang mereka, Steven Gerrard dan Fernando Torres tidak akan menyertai skuad ke Turki. Gerrard dikatakan menghadapi masalah belakang manakala Torres direhatkan supaya kecederaannya dapat beransur pulih dengan cepat. Selain itu, Daniel Agger dan juga pemain sayap Argentina, Maxi turut tidak dapat terbang ke Turki akibat masalah kecederaan.

Liverpool perlu bergantung kepada kebolehan pemain muda mereka seperti Kelly, Pacheco dan juga Shelvey untuk menghadapi saingan hebat di Turki. Jaringan Ryan Babel pada perlawanan peringkat pertama membawa sedikit kelebihan buat Liverpool namun mereka masih perlu berhati-hati dengan saingan kelab Turki itu yang terkenal dengan penyokong fanatiknya.

Skuad Liverpool v Trabzonspor: Reina, Gulacsi, Hansen, Johnson, Kelly, Skrtel, Carragher, Krygiakos, Aurelio, Cole, Spearing, Poulsen, Lucas, Pacheco, Shelvey, Babel, Kuyt, Ngog, Eccleston.

Tuesday, August 24, 2010

Manchester City 3 - Liverpool 0

Kunjungan Liverpool ke Manchester kali ini berakhir dengan kekalahan terbesar kepada kelab Eastland itu sejak tahun 1937. Ketiadaan Javier Mascherano yang enggan bermain kerana mahu kan perpindahan ke Barcelona membuatkan barisan tengah Liverpool pincang. Ini mengundang kepada gol pertama City yang dijaringkan oleh Gareth Barry apabila Lucas tidak mengawal atau 'track back' Barry ke kawasan penalti yang menyebabkan pemain itu tidak dikawal apabila menerima hantaran James Milner dan jika perpindahan Mascherano lengkap tugas 'Defensive Midfielder' akan menjadi milik Christian Poulsen setelah Lucas dilihat gagal untuk mengemudi barisan tengah Liverpool. Separuh masa pertama memang menjadi dominasi City dan seharusnya Liverpool bernasib baik hanya ketinggalan 1-0.

Pada babak kedua Carlos Tevez menjaringkan 2 gol untuk membuatkan keputusan menjadi 3-0. Satu menerusi sepakan sudut di mana Micah Richard berjaya melolosi barisan pertahanan Liverpool untuk membuat tandukan dan disambung oleh Tevez yang berada di hadapan Pepe Reina. Gol ketiga City pula hasil sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan setelah Skrtel menjatuhkan Adam Johnson di dalam kawasan penalti. Fernando Torres cuba mengetuai barisan serangan Liverpool namun beliau dilihat keseorangan tanpa bantuan dari rakan sepasukan. Liverpool perlu bangkit dan kemenangan amat diperlukan apabila menghadapi Trabzonspor hari Khamis ini untuk menaikkan moral dan semangat mereka.

Monday, August 23, 2010

Liverpool Vs Manchester City Astro ESPN

Siaran langsung perlawanan EPL antara Liverpool Vs Manchester City akan disiarkan di saluran Astro ESPN 812 jam 255am waktu Malaysia. Liverpool akan bertandang ke Stadium Of Manchester dengan misi mencari kemenangan pertama mereka untuk musim 2010/2011. Kepada peminat Liverpool seluruh Malaysia pastikan anda menonton perlawanan malam ini.

Sunday, August 22, 2010

Alberto Aquilani Ke Juventus


Pemain yang dibeli oleh Rafa pada musim lepas, Alberto Aquilani dibenarkan untuk meninggalkan Liverpool setelah diberitahu yang beliau tidak berada di dalam perancangan Roy Hodgson. Beliau yang hanya membuat 26 penampilan dan berjaya menjaringkan 2 gol pada musim lepas, banyak mengalami kecederaan serius yang mengganggu prestasi beliau. Menurut sumber dari Liverpoolfc.tv, Aquilani akan membuat perpindahan ke Juventus secara pinjaman untuk semusim dengan pilihan untuk membeli secara tetap pada penghujung musim depan. Aquilani akan membuat pemeriksaan kesihatan pada hari Isnin ini.

Match Preview : Liverpool Vs Manchester City

Perlawanan kedua Liverpool dalam liga ini amat dinantikan oleh kebanyakan pundit di UK. Pertamanya ialah untuk melihat bagaimana kebolehan Manchester City untuk bersaing mendapatkan status sebagai 'Big 4' di dalam liga dan keduanya untuk melihat adakah mampu Roy Hodgson mendapatkan kemenangan pertamanya di dalam liga. Liverpool dijangka akan menurunkan kembali barisan terkuatnya dan ini bermakna Clen Johnson, Steven Gerrard, Dirk Kuyt dan Martin Skrtel akan kembali ke kesebelasan utama setelah berehat dalam perlawanan menentang Trabzonspor dalam Piala Eropah Khamis lepas. Selain itu, Torres juga dijangka sudah cergas untuk kembali memimpin barisan serangan Liverpool. Javier Mascherano dan Daniel Agger masih 'doubtful' untuk perlawanan esok dan tempat mereka mungkin akan digantikan oleh Christian Poulsen dan Martin Kelly. Sementara itu, Joe Cole akan digantung 3 perlawanan liga dan hanya akan beraksi menentang Manchester United di Old Trafford pada 19 September depan. Barisan kemungkinan perlawanan esok

- Reina -

- Johnson - Carragher - Skrtel - Kelly

- Kuyt - Poulsen - Lucas - Jovanovic

- Gerrard -

- Torres -

Simpanan :

Jones
Kyrgiakos
Aurelio
Babel
Maxi
Ngog
Wilson

p/s - Prediction Liverpool menang 1-0

Friday, August 20, 2010

Keputusan Liverpool Vs Trabzonspor

Keputusan perlawanan di antara Liverpool dan Trabzonspor pagi tadi berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Liverpool. Liverpool yang tidak menurunkan barisan terkuat dan ketiadaan Steven Gerrard agak merencatkan bahagian tengah Liverpool untuk membuka permainan dan juga mencipta peluang. Namun Liverpool berjaya membolosi pintu gol Trabzonspor pada minit ke-45 setelah Joe Cole berjaya mencuri bola di kawasan tengah padang sebelum melorongkan bola kepada Babel yang kemudian membuat satu sentuhan sebelum melencongkan bola ke sebelah kiri penjaga gol.

Liverpool agak bersemangat pada separuh masa kedua. Serangan demi serangan dilancarkan. Torres yang dimasukkan pada separuh masa kedua membuat satu percubaan jauh namun diselamatkan oleh penjaga gol untuk sepakan sudut buat Liverpool. Sepakan sudut yang diambil Jovanovic berjaya ditanduk oleh Lucas yang tidak dikawal sesiapa namun tandukannya tersasar. Selepas itu, Liverpool dihadiahkan sepakan penalti setelah pertahanan lawan menjatuhkan Lucas, namun gagal disempurnakan oleh Cole apabila penjaga gol berjaya menduga dengan tepat. Jovanovic juga gagal menjaringkan gol setelah berjaya membuka permainan hasil gerakan 1-2 dengan Torres apabila cubaannya ditepis oleh penjaga gol.

Keputusan perlawanan berakhir 1-0 dan wajah Roy Hodgson jelas tidak gembira kerana sepatutnya Liverpool seharusnya menjaringkan lebih dari satu gol sebagai bekalan ke Turki pada minggu depan.

Thursday, August 19, 2010

Liverpool Vs Trabzonspor Astro Supersport Channel 811

Siaran langsung perlawanan Liga Eropah antara Liverpool Vs Trabzonspor akan disiarkan di channel Astro Supersport 811 jam 240am waktu Malaysia. Kepada semua peminat Liverpool jangan lupa saksikan perlawanan secara langsung ini yang akan disiarkan sebaik sahaja perlawanan Liga Eropah antara Rapid Vienna Vs Aston Villa pada jam 1240am.

Match Preview : Liverpool Vs Trabzonspor

Kelab Turki Trabzonspor yang dibimbing oleh Senol Gunes akan berkunjung ke Anfield pada malam ini bagi bertemu Liverpool untuk perlawanan Liga Eropah peringkat play-off untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan. Liverpool yang baru sahaja bermain pada hari Ahad lepas, dijangka tidak akan menurunkan barisan terkuatnya kerana mereka bakal berdepan Manchester City dalam perlawanan liga Isnin depan. Selain daripada itu, dikhabarkan juga Javier Mascherano dan Daniel Agger tidak akan diturunkan akibat kecederaan yang dialami semasa menentang Arsenal tempoh hari. Ini akan memberi ruang buat pemain baru Liverpool, Christian Poulsen untuk bermain dalam kesebelasan utama manakala Martin Kelly dijangka akan bermain di posisi bek kiri. Barisan kemungkinan malam ini

- Reina -

- Johnson - Carragher - Skrtel - Kelly

- Kuyt - Poulsen - Gerrard - Babel

- Cole -

- Ngog -

Simpanan :

Brad Jones
Jovanovic
Aquilani
Kyrgiakos
Aurelio
Torres
Lucas



Wednesday, August 18, 2010

Pemain Terbaru Liverpool : Brad Jones


Pemain terbaru Liverpool telah selesai melengkapkan perpindahannya dari kelab Middlesbrough dengan yuran perpindahan sebanyak £2.3 juta. Jones yang berasal dari Australia layak sebagai "home grown player" mengikut peraturan baru FA England kerana mak beliau seorang scouser manakala ayahnya memiliki passport British. Dalam temubual bersama dengan wartawan di Anfield, Jones berkata yang beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk merebut tempat dengan Reina dan juga Cavalieri dan terpulang kepada Roy Hodgson untuk menilai semasa pemilihan kesebelasan utama. Berikut sedikit fakta tentang Jones.

Nama : Bradley Scott Jones
Tarikh Lahir : 19 March 1982
Tempat Lahir : Armadalae, Australia
Tinggi : 1.91m
Posisi : Penjaga gol
Kelab Dahulu : Middlesbrough

Monday, August 16, 2010

Liverpool 1 - Arsenal 1

Keputusan perlawanan di Anfield semalam berakhir dengan jaringan 1-1. Arsenal yang tidak menurunkan Van Persie dan juga Fabregas menguasai separuh masa pertama namun tidak berjaya menembusi benteng pertahanan Liverpool. Percubaan bahaya Arsenal seawal minit ke-5 menerusi sepakan percuma Vermaleen namun ditumbuk keluar oleh Reina. Liverpool pula agak tenggelam dan pada minit terakhir separuh masa pertama, Joe Cole dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana mengasari Laurent Koscielny. Namun begitu beberapa pundit mengatakan yang kad merah terlalu berat untuk Cole. Separuh masa kedua dimulakan dengan Liverpool menjaringkan gol pada minit ke-46. David Ngog menerima umpanan Mascherano dan meledakan satu rembatan kencang menewaskan Almunia di kedudukan 'near post'. Liverpool menguasai permainan sehingga minit ke-60 namun gagal menambah jaringan. Arsene Wenger kemudian memasukkan Rosicky dan Walcott bagi menggantikan Eboe dan juga Wilshire. Arsenal berusaha mencari gol penyamaan namun Liverpool bertahan sehinggalah gawang mereka dibolosi juga pada minit ke-90 hasil kesilapan Pepe Reina.

Sunday, August 15, 2010

Match Preview : Liverpool Vs Arsenal

Liverpool menanti kunjungan Arsenal ke Anfield dengan azam baru iaitu untuk memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan baik di bawah bimbingan Roy Hodgson. Pengurus baru itu berkata beliau akan menurunkan barisan terkuat bagi menghadapi saingan Arsenal pada malam ini. Pemain baru Liverpool, Joe Cole dan Milan Jovanovic dijangka akan disenaraikan dalam perlawanan malam ini. Fernando Torres yang sudah menjalani latihan sepenuhnya setelah kecederaan yang diaalami pada perlawanan akhir Piala Dunia dijangka akan berada di bangku simpanan. Di kem Arsenal pula, beberapa pemain dikatakan menghadapi masalah kecergasan dan kecederaan. Dua pemain yang cedera ialah Nicklas Bendtner dan Johan Djourou manakala Alex Song, Denilson dan Abou Diaby mengalami masalah kecergasan. Pemain baru Arsenal Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny dijangka membuat debut mereka malam ini. Barisan kemungkinan Liverpool malam ini.

- Reina -

- Johnson - Carra - Agger - Kelly
- Maxi - Lucas - Gerrard - Jovanovic
- Cole -
- Ngog -

Simpanan :
Cavalieri
Aquilani
Torres
Aurelio
Poulsen
Kuyt
Skrtel

p/s - Liverpool menang 2-1

Saturday, August 14, 2010

Jadual Perlawanan Liverpool Ogos 2010

Perlawanan Liverpool pada bulan Ogos 2010 ini akan dimulakan dengan perlawanan pertama liga menentang Arsenal di Anfield pada 15 Ogos 2010. Selepas itu, Liverpool dijadual bertemu kelab Turki, Trabzonspor di Anfield pada 19 Ogos 2010. Perlawanan seterusnya ialah menentang Manchester City di Manchester pada 23 Ogos 2010. Pada 26 Ogos 2010 pula Liverpool akan bertandang ke Turki untuk perlawanan timbal balik dengan Trabzonspor dan perlawanan terakhir bulan Ogos ialah menentang Wigan di Anfield pada 29 Ogos 2010.


15 Aug 2010 Barclays Premier League Arsenal H 16:00

19 Aug 2010 UEFA Europa League Trabzonspor H 19:45
23 Aug 2010 Barclays Premier League Man City A 20:00
26 Aug 2010 UEFA Europa League Trabzonspor A 0:00
29 Aug 2010 Barclays Premier League WBA H 15:00

Friday, August 13, 2010

Video : Christian Poulsen v.s. Cameroon



Video Christian Poulsen Vs Cameroon semasa World Cup 2010

p/s - Credit kepada ElAlonso untuk video ini

Sotirios Kyrgiakos Bersara Dari Skuad Antarabangsa


Pemain pertahanan Liverpool yang berasal dari Greece, Sotirios Kyrgiakos mengumumkan persaraan beliau dari skuad antarabangsa. Bercakap dalam web rasmi beliau, Kyrgiakos berkata Greece merupakan salah satu waktu yang penting sepanjang karier bola sepak beliau dan buat masa ini beliau ingin bersara dari perlawanan antarabangsa dan mengucapkan selamat berjaya buat skuad kebangsaan Greece.

Liverpool Dan Barcelona Setuju Dengan Perpindahan Mascherano


Menurut sumber dari Goal.com dan Marca.com, Liverpool telah bersetuju untuk melepaskan pemain midfield dari Argentina, Javier Mascherano ke Barcelona. Barcelona dikatakan akan membayar £12.3 juta dan pemain sayap dari Belarus, Alexander Hleb. Laporan itu juga mengatakan yang agen Mascherano sudah bertemu dengan pegawai kelab dari Catalan itu dan perjanjian itu akan lengkap dalam beberapa hari terdekat. Mascherano yang sudah bertemu dengan pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson setelah pulang dari Piala Dunia menyatakan hasrat untuk meninggalkan Liverpool dan destinasi utama musim ini ialah Inter Milan, untuk bersama dengan bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez.

Thursday, August 12, 2010

Christian Poulsen Sertai Liverpool


Liverpool berjaya menandatangani perjanjian dengan pemain tengah Juventus, Christian Poulsen dengan kadar perpindahan sebanyak £4.5 juta. Kadar ini juga boleh meningkat sehingga £1.2 juta bergantung kepada persembahan beliau dalam tempoh masa untuk 3 tahun. Poulsen menjadi pemain ke-6 yang menyertai Liverpool pada musim ini mengikut jejak langkah Joe Cole, Jonjo Shelvey, Milan Jovanovic, Danny Wilson dan Fabio Aurelio. Berikut sedikit fakta mengenai Poulsen.

Nama : Christian Bager Poulsen
Tarikh Lahir : 28 Februari 1980
Tempat Lahir : Asnæs, Denmark
Tinggi : 1.83 m
Posisi : Midfielder

Friday, August 6, 2010

Undian Piala Eropah

Liverpool diundi bertemu kelab dari Turki, Trabzonspor dalam pusingan play-off Liga Eropah. Perlawanan akan berlangsung di Anfield pada 19 Ogos 2010 manakala di Turki pada 27 Ogos 2010. Berikut sedikit sebanyak tentang kelab dari Turki itu.
  • Mendapat gelaran Bordo-Mavililer iaitu maroon-biru
  • Bermain di Stadium Huseyin Avni Aker yang berkapasiti 20,000
  • Pengurus sekarang Senol Gunes penah membawa Turki ke tempat ke-3 Piala Dunia 2002
  • Liverpool pernah bertemu dengan Trabzonspor pada pusingan ke-2 Piala Eropah 1976-1977 di mana tewas 1-0 di Turki menang di Anfield 3-0

Video : Joe Cole Vs Rabotnicki

Kompilasi video persembahan Joe Cole semasa menentang Rabotnicki di Anfield

p/s - Video credit to ElAlonso

Liga Eropah : Liverpool Vs Rabotnicki (Home)


Perlawanan semalam yang berlangsung di Anfield melihatkan Roy Hogdson menurunkan beberapa pemain utama untuk perlawanan kali ini. Joe Cole yang baru menyertai Liverpool dari Chelsea membuat kemunculan pertama di Anfield di samping pemain Serbia, Milan Jovanovic. Kapten Liverpool, Steven Gerrard juga berada di dalam kesebelasan utama. Namun yang menarik perhatian ialah Danny Pacheco yang diberi peluang oleh Hogdson setelah berjaya menjadi penjaring terbanyak dalam Piala Eropah B19 yang berlangsung baru-baru ini. Gandingan Joe Cole dan Steven Gerrard nampak menyerlah di awal permainan di mana mereka bermain satu dua dan Gerrard membuat tolakan ke Ngog namun penyerang itu gopoh di hadapan pintu gol. Namun gol yang ditunggu tiba setelah Cole membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti dan disudahkan oleh Ngog yang mudah menanduk masuk setelah tidak dikawal oleh pemain lawan. Liverpool gagal menyempurnakan beberapa peluang setelah itu dan pada minit ke 40, pengadil menghadiahkan sepakan penalti setelah Ngog dikasari. Gerrard mudah menyempurnakan sepakan untuk keputusan muktamad 2-0.

p/s - Pemain terbaik: Joe Cole