Sunday, October 3, 2010

Jadual Perlawanan Liverpool Oktober 2010

Liverpool akan memulakan kempen bulan Oktober dengan menentang Blackpool di Anfield hari ini sebelum berehat untuk tempoh dua minggu bagi memberi laluan kepada pasukan kebangsaan masing-masing untuk perlawanan kelayakan Piala Eropah 2012. Berikut jadual penuh Liverpool bagi bulan Oktober.

3 Oct 2010 EPL Blackpool H 15:00(UK) 22:00(MY)
17 Oct 2010 EPL Everton A 13:30(UK) 20:30(MY)
21 Oct 2010 Liga Eropah Napoli A 18:00(UK) 02:00(MY)
24 Oct 2010 EPL Blackburn H 15:00 (UK) 22:00(MY)
31 Oct 2010 EPL Bolton A 16:00 (UK) 23:00(MY)

Friday, October 1, 2010

Liverpool 0 - FC Utrecht 0

Liverpool meneruskan rentak sumbang mereka apabila kali ini seri 0-0 dengan kelab Belanda, FC Utrecht di tempat lawan. Dengan keputusan ini, Liverpool kini sudah mengharungi 4 perlawanan tanpa kemenangan dalam semua pertandingan musim ini. Namun begitu, Liverpool masih lagi mendahului kumpulan K dalam saingan Liga Eropah dengan 4 mata, 2 mata mengatasi Utrecht yang menduduki tangga kedua kumpulan.

Permainan Liverpool agak kucar-kacir dan jika tidak kerana Pepe Reina, Liverpool pasti pulang dengan tangan kosong. Bahagian tengah dilihat tidak kreatif dan sudah diberitahu yang Poulsen dan Lucas tidak boleh bergandingan di jentera tengah namun Hodgson masih lagi berkeras dengan taktik tersebut. Selain itu, Raul Meireles juga tidak bermain di posisi kebiasaan beliau apabila diletakkan bermain di midfield kanan. Umum mengetahui yang Meireles bukanlah pemain bahagian sayap, beliau lebih berkesan di bahagian tengah.

Sikap Hodgson yang terlalu mudah berpuas hati juga merisaukan peminat-peminat Liverpool. Perlu diingatkan yang ini ialah Liverpool dan bukannya Fulham. Pasti jangkaan atau pon harapan peminat melambung tinggi, namun jika pengurus setiap kali berpuas hati dengan keputusan seri, jangan kita berasa hairan yang Liverpool sekali lagi akan terlepas peluang ke Liga Juara-Juara dan musim ini pasti akan berakhir sekali lagi dengan penuh kekecewaan.

Musim ini pasti akan dirasakan terlalu lama bagi peminat Liverpool. Selain prestasi yang jauh merudum, pemilik kelab yang memiliki hutang yang banyak juga meresahkan para pemain dan penyokong. Mereka berdua perlu segera keluar dari kelab ini supaya segala masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.