Friday, January 21, 2011

Luiz Suarez dan Fabio Coentrao menyertai Liverpool ?

Waktu perpindahan pemain bulan Januari sudah hampir ke penghujungnya namun Liverpool dilihat masih lagi tidak berjaya membeli pemain yang disebut akan menyertai Liverpool. Walaupon ramai yang dikaitkan, setakat ini hanya 2 orang pemain sahaja yang menarik minat saya dan berharap, Kenny Dalglish berjaya masuk 2 orang pemain di bawah ini. Jika dilihat pada posisi yang perlu dikuatkan, nyatalah posisi penyerang dan bek kiri menjadi keutamaan. Liverpool terlalu bergantung kepada Fernando Torres untuk mendapatkan jaringan namun prestasi penyerang Sepanyol itu akan mengecewakan secara kesuluruhannya musim ini. Berikut 2 orang pemain yang menjadi pilihan saya untuk menyertai Liverpool pada bulan Januari ini.

Nama: Luis Suarez
Tarikh Lahir : 24 Januari 1987
Posisi : Penyerang
Tinggi : 181 cm
Kelab : Ajax Amsterdam










Nama : Fabio Coentrao
Tarikh Lahir : 11 March 1988
Posisi : Bek kiri
Tinggi : 1.78 m
Kelab : Benfica









Siapa yang tidak kenal dengan Luis Suarez ? Insiden membuat halangan dengan tangan ketika perlawanan menentang Ghana dalam perlawanan Piala Dunia 2010 membuat pemain ini terkenal dengan serta merta. Selain itu beliau juga telah menggigit pemain PSV, Otman Bakkal dalam satu insiden ketika perlawanan Liga Belanda pada bulan November 2010. Ketika ini rundingan antara Liverpool dan Ajax masih lagi berjalan untuk membeli Luis Suarez namun harga yang diletak iaitu 25 juta £ + Ryan Babel dilihat terlalu tinggi untuk Liverpool.

Fabio Coentrao pula berkata yang beliau berminat untuk bermain dengan Liverpool namun tidak menolak kemungkinan akan bermain di bawah Jose Mourinho kerana mengagumi pengurus Real Madrid itu. Seperti Suarez, beliau juga mendapat tumpuan ketika Piala Dunia yang lalu apabila membuat larian demi larian dan hantaran lintang yang cantik terutama ketika menentang Korea Utara membuatkan ramai kelab ternama Eropah cuba mendapatkan pemain muda ini ketika musim panas yang lepas. Namun beliau masih lagi berada di Benfica dan dikhabarkan yang ini adalah musim terakhir beliau di sana.

Apakah dua pemain di atas ini bakal menjadi pemain terbaru Liverpool ? Mungkin ya dan mungkin tidak. Bergantung kepada pemilik John Henry sama ada untuk melabur atau tidak. Jika berdasarkan temuramah sebelum ini, beliau ada mengatakan yang ada dana untuk King Kenny membeli pemain baru pada bulan ini. Jadi sama-samalah kita tunggu pada akhir bulan Januari ini !

No comments:

Post a Comment