Friday, March 19, 2010

Liga Eropah : Suku Akhir

Liverpool yang masih mengharapkan sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini dijadualkan bertemu dengan kelab dari Portugal, Benfica pada pertemuan peringkat suku akhir Piala Eropah. Perlawanan pertama akan berlangsung di Portugal pada 1 April 2010 dan Anfield akan menerima kunjungan gergasi Portugal itu pada 8 April 2010. Jika Liverpool menang pertemuan ini, lawan yang menanti di peringkat separuh akhir sama ada bekas kelab Rafa Benitez iaitu Valencia atau pon bekas kelab Fernando Torres iaitu Atletico Madrid. Berikut ialah undian penuh saingan suku akhir Piala Eropah.

Benfica v Liverpool
Valencia v Atletico Madrid
Hamburg v Standard Liege
Fulham v Wolfsburg

No comments:

Post a Comment