Wednesday, December 30, 2009

Liverpool Vs Aston Villa

Gol Fernando Torres pada minit ke-93 berjaya membantu Liverpool mengatasi Aston Villa 1-0 di Villa Park malam tadi. Perlawanan yang bermula jam 745PM waktu tempatan berlangsung dalam cuaca yang buruk bila salji turun berterusan hingga ke wisel penamat. Liverpool berjaya memperolehi percubaan pertama menerusi Steven Gerrard yang melakukan percubaan di luar kotak penalti namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Villa, Brad Friedel. Villa melakukan serangan balas menerusi sepakan sudut namun percubaan Stewart Downing berjaya diselamatkan oleh Pepe Reina.

Villa melancarkan serangan bertali arus pada separuh masa kedua namun tidak berjaya menjaringkan gol. Torres akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-93 dan membawa pulang 3 mata penuh ke Anfield dan berjaya merapatkan jurang mata dengan Aston Villa yang kini menduduki tangga keenam. Perlawanan seterusnya akan menemukan Liverpool dengan Spurs di Anfield dan jika menang Liverpool semakin menghampiri kedudukan tangga ke-4.

Statistik Perlawanan

Scoring Summary
Aston Villa Liverpool
Fernando Torres(90)
Match Stats

Aston Villa Liverpool
Shots (on Goal) 9(4) 15(4)
Fouls 13 11
Corner Kicks 8 10
Offsides 0 1
Time of Possession 42% 58%
Yellow Cards 1 1
Red Cards 0 0
Saves 3 4



No comments:

Post a Comment