Tempoh berehat 2 minggu ini akan digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain Liverpool untuk menghadapi Manchester City di Anfield. Kecederaan yang melanda skuad pasti akan memeningkan Rafa namun baginya itu bukan alasan. Liverpool perlu menang bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga iaitu Chelsea. Tempoh berehat ini juga akan menentukan negara-negara yang akan layak ke Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung pada musim panas ini di Afrika Selatan.
Liverpool juga akan menggunakan tempoh ini untuk memantapkan bahagian pertahanan yang begitu longgar musim ini. Kebanyakkan gol yang dilepaskan musim ini berpunca dari set-piece iaitu sepakan percuma,sepakan penalti dan juga sepakan sudut. Zonal marking yang diterapkan oleh Rafa dikritik oleh sebahagian besar penganalisis bola sepak. Namun mereka juga lupa yang konsep man marking juga boleh menyebabkan pintu gol dibolosi. Ingat lagi bagaimana Chelsea kalah di Wigan ? Sebenarnya pemain-pemain perlu memberi fokus dan juga perhatian terhadap zon yang mereka kawal.
Berbalik kepada menjelang pertemuan Manchester City, Liverpool pasti mengharapkan Steven Gerrard dan Fernando Torres kembali cergas. Mereka hanya bermain bersama dalam beberapa perlawanan untuk musim ini dan dua pemain ini diharapkan untuk Liverpool kembali ke landasan yang betul di dalam saingan liga dan juga liga-liga juara.

No comments:
Post a Comment