Sunday, November 22, 2009

Liverpool Vs Man City

Apa lagi yang boleh dikatakan.Kecewa.Itu sahaja rasanya yang boleh dikatakan.Sekali lagi mata penuh tidak dapat dikutip di Anfield dan sekali lagi gol bolos dari set-piece. Permainan pada awal yang rancak terganggu rentak akibat kecederaan yang dialami oleh Agger dan Babel dan 2 pertukaran perlu dilakukan seawal minit ke-18. Agger memerlukan 5 jahitan manakala Babel mengalami kecederaan buku lali. Setelah berjaya mendahului 1-0, Liverpool seakan tenggelam punca. Mereka sekadar bertahan dan akhirnya mengundang padah apabila bolos dari set-piece dan selang beberapa minit bolos lagi dengan jaringan Ireland yang berada dalam posisi offside. Namun Bennayoun berjaya membalas selang seminit kemudian. Namun tindakan Rafa memasukkan Aurelio boleh dipersoalkan. Kenapa memasukkan pemain pertahanan ketika Liverpool perlu mencari gol kemenangan. Liverpool sepatutnya memasukkan Aquilani atau pon pemain penyerang. Ketinggalan 13 mata dari pendahulu Chelsea dan boleh dianggap yang musim ini saingan dalam liga sudah berakhir. Rafa perlu menumpukan pada saingan Liga Juara-Juara supaya layak ke peringkat kalah mati dan memastikan Liverpool akan berada dalam top 4 dalam liga.


Statistik Perlawanan


Liverpool Manchester City
Shots (on Goal) 17(4) 9(4)
Fouls 10 13
Corner Kicks 7 3
Offsides 1 4
Time of Possession 57% 43%
Yellow Cards 2 0
Red Cards 0 0
Saves 2 2

p/s - Masih mencari kemenangan sejak perlawanan dengan Man U tempoh hari..

4 comments:

  1. pas score je men cam hampeh
    si ngok dribble xpenah lepas
    tapi ade improvement la siyes
    nak sampai stendet torres tu makan 5 tahun jugak la kalo dia betol2 ade potensi

    ReplyDelete
  2. tau xpe..aku xpaham nape pas score jer nk men defend..ptt try la carik 2nd gol..dah tau defend time set piece lemah..pastu aquilani xmain lagi..kalo nk bagi mamat tu fit balik.. mesti la kena bagi dia main..

    ReplyDelete
  3. aquaman tu mmg nak letak dlm akuarium je... hampeh!!

    ReplyDelete
  4. tau xpe..beli 20juta duk bangku simpanan jer..

    ReplyDelete