Skuad muda Liverpool berjaya mengatasi cabaran Rabotnicki yang berasal dari Macedonia hasil jaringan David Ngog pada minit ke 17 dan 59 membolehkan Liverpool mengatasi lawan mereka dengan jaringan 2-0. Selepas beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan akibat diberi pelepasan selama 3 minggu selepas Piala Dunia, Roy Hodgson memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk menunjukkan bakat mereka. David Amoo,19, Martin Kelly,20 dan Jay Spearing,22 diberi kepercayaan oleh Hodgson untuk bermain dalam kesebelasan utama. Jaringan pertama David Ngog berlaku selepas sepakan percuma yang pantas diambil oleh kapten pada perlawanan semalam, Lucas yang berjaya memperdayakan pertahanan Rabotnicki dan membolehkan David Ngog membuat sepakan mudah dari jarak 2 kaki untuk memberi kelebihan kepada Liverpool. Gol kedua pula disudahkan dengan jaringan separa volley dari dalam kotak penalti setelah Martin Kelly berjaya melepasi pertahanan Rabotnicki dan membuat satu hantaran lintang yang tepat ke David Ngog. Secara keseluruhan Roy Hodgson berpuas hati dengan persembahan skuad muda Liverpool dan akan menanti kunjungan Rabotnicki ke Anfield pada 5 Ogos ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment