Hujan yang turun di Stadium Nasional Bukit Jalil nyata hujan rahmat bagi rakyat dan peminat bola sepak negara khususnya. Barisan skuad muda Malaysia berjaya menjinakkan pasukan bawah 23 tahun Olimpik Korea Selatan dengan jaringan 1-0. Keputusan ini ternyata membuatkan peminat tanah air gembira di kala prestasi skuad negara yang merudum. Walaupon skuad Korea Selatan ini baru sahaja dibentuk dan bukan barisan terkuat, namun kejayaan ini masih boleh dibanggakan. Safiq Rahim yang bermain di midfield berjaya membuat beberapa hantaran yang menarik pada separuh masa yang pertama namun kebanyakan peluang disia-siakan oleh penyerang Malaysia. Korea Selatan juga mendapat beberapa peluang pada separuh masa pertama dengan palang gol Malaysia bergegar dua kali. Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia memperolehi sepakan percuma dari sebelah kiri setelah Zaquan dikasari oleh pemain pertahanan Korea. Lambungan Safiq kurang cermat namun bola kembali ke kaki beliau dan setelah menggelecek 2 orang pemain, Safiq membuat percubaan dari luar kotak dan berjaya menjaringkan gol untuk Malaysia. Selepas itu bek Malaysia yang diketuai oleh Aidil dan Nasriq berjaya menangkis asakan demi asakan untuk menghadiahkan kemenangan bermakna kepada pasukan Malaysia.
Sunday, July 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment