Friday, August 20, 2010

Keputusan Liverpool Vs Trabzonspor

Keputusan perlawanan di antara Liverpool dan Trabzonspor pagi tadi berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Liverpool. Liverpool yang tidak menurunkan barisan terkuat dan ketiadaan Steven Gerrard agak merencatkan bahagian tengah Liverpool untuk membuka permainan dan juga mencipta peluang. Namun Liverpool berjaya membolosi pintu gol Trabzonspor pada minit ke-45 setelah Joe Cole berjaya mencuri bola di kawasan tengah padang sebelum melorongkan bola kepada Babel yang kemudian membuat satu sentuhan sebelum melencongkan bola ke sebelah kiri penjaga gol.

Liverpool agak bersemangat pada separuh masa kedua. Serangan demi serangan dilancarkan. Torres yang dimasukkan pada separuh masa kedua membuat satu percubaan jauh namun diselamatkan oleh penjaga gol untuk sepakan sudut buat Liverpool. Sepakan sudut yang diambil Jovanovic berjaya ditanduk oleh Lucas yang tidak dikawal sesiapa namun tandukannya tersasar. Selepas itu, Liverpool dihadiahkan sepakan penalti setelah pertahanan lawan menjatuhkan Lucas, namun gagal disempurnakan oleh Cole apabila penjaga gol berjaya menduga dengan tepat. Jovanovic juga gagal menjaringkan gol setelah berjaya membuka permainan hasil gerakan 1-2 dengan Torres apabila cubaannya ditepis oleh penjaga gol.

Keputusan perlawanan berakhir 1-0 dan wajah Roy Hodgson jelas tidak gembira kerana sepatutnya Liverpool seharusnya menjaringkan lebih dari satu gol sebagai bekalan ke Turki pada minggu depan.

No comments:

Post a Comment