Perlawanan Liga Eropah yang berlangsung di Turki sebentar tadi berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan Liverpool. Kelebihan 1 gol yang dibawa oleh Liverpool tidak memberi sebarang makna apabila seawal minit ke-5 kelebihan itu dihapuskan oleh Trabzonspor yang menjaringkan gol melalui GutiƩrrez. Jaringan 1-0 itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat.
Dua gol Liverpool dijaringkan pada 10 minit terakhir perlawanan menerusi jaringan sendiri Kacar pada minit ke-84 dan Kuyt pada minit ke-88. Dengan keputusan ini, Liverpool layak ke peringkat kumpulan dengan aggregate 3-1 dan ini merupakan kemenangan pertama Liverpool di Turki dalam perlawanan peringkat Eropah selepas sebelum ini hanya mampu seri sekali dan kalah 3 kali di sini.

No comments:
Post a Comment