Keputusan perlawanan di Anfield semalam berakhir dengan jaringan 1-1. Arsenal yang tidak menurunkan Van Persie dan juga Fabregas menguasai separuh masa pertama namun tidak berjaya menembusi benteng pertahanan Liverpool. Percubaan bahaya Arsenal seawal minit ke-5 menerusi sepakan percuma Vermaleen namun ditumbuk keluar oleh Reina. Liverpool pula agak tenggelam dan pada minit terakhir separuh masa pertama, Joe Cole dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana mengasari Laurent Koscielny. Namun begitu beberapa pundit mengatakan yang kad merah terlalu berat untuk Cole. Separuh masa kedua dimulakan dengan Liverpool menjaringkan gol pada minit ke-46. David Ngog menerima umpanan Mascherano dan meledakan satu rembatan kencang menewaskan Almunia di kedudukan 'near post'. Liverpool menguasai permainan sehingga minit ke-60 namun gagal menambah jaringan. Arsene Wenger kemudian memasukkan Rosicky dan Walcott bagi menggantikan Eboe dan juga Wilshire. Arsenal berusaha mencari gol penyamaan namun Liverpool bertahan sehinggalah gawang mereka dibolosi juga pada minit ke-90 hasil kesilapan Pepe Reina.
Monday, August 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment