Setelah mengharungi 3 perlawanan akhirnya kemenangan pertama berjaya dicatat oleh Liverpool di bawah bimbingan Roy Hodgson. Walaupun keputusan agak mengecewakan namun apa yang penting ialah 3 mata yang diraih untuk kembali bersaing dalam kedudukan liga setelah hanya mampu mencatat 1 seri dan 1 kekalahan dalam 2 perlawanan awal. Poulsen membuat kemunculan pertama dalam saingan EPL untuk bergandingan dengan Lucas dan Gerrard diberi peranan sebagai 'Second Striker' iaitu kedudukan di belakang Fernando Torres. Persembahan Liverpool secara keseluruhan agak mengecewakan namun skuad ini harus diberi peluang kerana mereka masih lagi dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan jurulatih dan juga pengurusan baru. Selain itu, Torres juga berjaya membuat jaringan peribadi yang ke-50 di Anfield pada perlawanan ini melalui rembatan volley hasil hantaran lintang Kuyt. Dengan kemenangan ini Liverpool melonjak ke tangga ke-12 liga setelah memulakan perlawanan dengan berada di tiga tempat terbawah. Selepas ini liga akan berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Euro 2012 dan Liverpool hanya akan beraksi pada 12 September 2010 menentang Birmingham di St Andrews.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment