Monday, August 30, 2010

Siapakah Pilihan Roy Hodgson

Dengan kurang 48 jam lagi 'transfer window' akan ditutup, beberapa pemain telah dikaitkan dengan Liverpool bagi menguatkan skuad ini bagi menghadapi saingan EPL musim ini. Roy Hodgson telah mengenal pasti beberapa posisi yang perlu dimantapkan iaitu serangan dan pertahanan kiri. Musim lepas adalah musim yang paling mengecewakan bagi Fernando Torres dan Liverpool. Tanpa Torres, Liverpool bagaikan pincang dan tidak bermaya di hadapan gol. Ketiadaan pemain yang boleh menggantikan beliau di bahagian serangan juga dikenalpasti punca kurangnya Liverpool menjaringkan gol pada musim lepas.

David Ngog pemain yang baru berusia 21 tahun gagal menyerlah setelah hanya mampu menjaringkan 5 gol dalam saingan liga musim lepas. Selain Ngog, Liverpool tidak mempunyai penyerang yang lain. Dirk Kuyt telah selesa bermain di posisi sayap kanan walaupon posisi itu bukanlah posisi yang digemari beliau. Manakala Ryan Babel juga sering bermain di sayap kiri dan jarang diberi peluang untuk bermain. Situasi ini membuatkan Hodgson cuba mendapatkan beberapa pemain penyerang yang berkaliber bagi mengisi kekosongan yang mungkin ada sekiranya Torres cedera atau digantung. 4 pemain di bawah ini dikhabarkan bakal menyertai Liverpool dalam masa kurang daripada 48 jam ini.

1. Charlton Cole - Pemain kelahiran England ini mempunyai kebolehan mengawal bola dengan baik dan sering dibandingkan dengan Heskey. Cuma apa yang dirisaukan ialah adakah beliau cukup bagus untuk bermain di Liverpool ? Beliau juga tidak mempunyai rekod yang cemerlang di hadapan gawang di mana rekod terbaik peribadi beliau di dalam satu musim liga hanya berjaya menjaringkan 10 gol.

2. Bobby Zamora - Penyerang Fulham berusia 29 tahun ini cukup cemerlang pada musim lepas di bawah bimbingan Roy Hodgson apabila berjaya menjaringkan 19 gol secara keseluruhan di mana 8 gol dalam pertandingan liga dan selebihnya dijaringkan dalam pertandingan Liga Eropah dan Piala FA. Namun penyokong Liverpool pasti mahu nama yang lebih besar untuk menyertai mereka bagi digandingkan dengan Torres.

3. Mario Gomez - Berusia 25 tahun dan memiliki rekod yang mengagumkan semasa bermain untuk VFB Stuttgart apabila menjaringkan 35 gol pada musim 2008/2009 dan 28 gol pada musim sebelumnya. Namun beliau kurang menyerlah selepas menyertai Bayern Munich dan dikatakan bakal dijual jika harga yang ditawarkan berpatutan.

4. Fernando Llorente - Pemain Athletic Bilbao ini amat sesuai untuk bermain sebagai 'target man' kerana memiliki ketinggian 1.95 meter. Berjaya menjaringkan 23 gol secara keseluruhan untuk musim lepas dan sebagai seorang pemain Sepanyol, beliau mungkin gandingan terbaik untuk Fernando Torres.


No comments:

Post a Comment