Monday, November 2, 2009

Juan Manual Mata


Seorang lagi pemain Sepanyol Juan Mata dikaitkan dengan Liverpool. Pemain yang bermain di posisi sayap kiri di Valencia ini dijangka akan menguatkan sayap kiri Liverpool yang agak tidak konsisten musim ini. Ryan Babbel dan Albert Riera banyak menghabiskan masa di bangku simpanan. Tawaran sekitar 16.5 juta pound sterling dijangka akan ditawarkan pada bulan Januari 2010 kepada Valencia yang teruk dilanda krisis ekonomi dunia. Walaupon ramai pihak menjangkakan Liverpool sendiri tidak akan membuat tawaran sehingga 16.5 juta pound sterling namun ada yang menjangkakan Babbel akan dijual untuk menampung kos pembelian Mata. Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi di bulan Januari 2010 nanti.


Personal Info

Nama penuh : Juan Manuel Mata Mejia
Tarikh lahir : 28 April 1988

Tempat lahir : Madrid
Tinggi : 170 sm
Posisi : Sayap kiri

Kelab terdahulu : Real Madrid, Valencia

p/s - Pendapat aku striker yang patut kita cari.Kalau Torres cedera tinggal Ngog dan Voronin sahaja.

No comments:

Post a Comment