Sunday, November 29, 2009

Liverpool Vs Everton

Tiga mata yang diraih di Goodison Park amat berharga buat Liverpool. Ini membolehkan mereka melonjak ke tangga ke-5 liga dan ketinggalan 2 mata di belakang Arsenal yang bermain kurang 2 perlawanan. Nasib ternyata kali ini menyebelahi Liverpool dalam perlawanan ini. Rembatan Mascherano dari luar kotak penalti terkena kaki Yobo dan melepasi jangkauan Howard untuk membolehkan Liverpool mendahului seawal minit ke-12. Namun selepas itu tidak banyak gerakan yang dilakukan oleh Liverpool. Everton menguasai perlawanan dan beberapa peluang tidak berjaya disudahkan oleh Jo dan Bilyaletdinov. Everton juga berjaya membolosi gawang Liverpool sebanyak 2 kali namun dinafikan oleh penjaga garisan kerana offside. Separuh masa kedua juga tidak banyak berubah. Everton tidak menyudahkan peluang yang dimiliki. Reina juga bertindak cemerlang dengan menyelamatkan percubaan Cahill dan Fellaini dan pada minit ke-80 Kuyt berjaya menjaringkan gol setelah percubaan awal Riera hanya berjaya ditampan oleh Howard.

Statistik perlawanan


Everton Liverpool
Shots (on Goal) 16(6) 11(5)
Fouls 15 12
Corner Kicks 6 4
Offsides 6 1
Time of Possession 45% 55%
Yellow Cards 1 0
Red Cards 0 0
Saves 4 6


p/s - Man of The Match - Reina..

3 comments:

  1. tiada apa yg buleh dibanggakan dr game ni melainkan superb performance by reina..... tp yg penting 3 pts dan kop naik 2 anak tangga hehehhe....

    p/s - selain reina, mashc pun best... ngog? still ngok!!

    ReplyDelete
  2. reina superb gila..next Blackburn away..menang 3-0 cukup la..hehe..

    ReplyDelete