Monday, November 2, 2009

Tahniah kepada Dot N Wahie

Weekend lepas satu journey to the east telah dianjurkan oleh Weng-Weng Club ke Kemaman,Terengganu.Seramai 23 orang telah meyertai konvoi tersebut. Konvoi dari Genting Sempah ke Kemaman bermula jam 10 pagi setelah pelbagai janji2 manis melayu ditabur oleh ketua konvoi yang pada mulanya berkata pukul 9 pagi sharp kita gerak..

Ahli-ahli Weng-Weng Club agak terhibur dengan keletah dan situasi Pad di mana beliau seorang kene kencing pakai baju melayu..Hak3..Takpe Pad itu hari memang ko nak terkena nak buat macam mana kan..Lain kali ko kenakan adik..Tak sedar diri budak tu..Nasib baik ada bisul jer kat belakang badan..

Kami tiba di Kemaman jam 1 petang. Masing2 kelaparan dan setia menanti kehadiran abang long. Majlis bermula jam 230 petang dan ternampak kelibat Savvy biru di penghujung lorong rumah Wahie..Ececece..Malu2 Dot nak ke rumah Wahie..Dot tampak segan,tampan dan bergaya dengan mengenakan baju melayu berwarna hijau dan bersamping..Songkok jer xde..Mano songkok ko poie jang ?

Habis jer perbincangan di antara family Wahie dan Dot masing2 menyerbu meja makan yang diketuai oleh Wan dan dicucuk rapat oleh Pejal..Menu rumah Wahie special gak la Nasi dagang,gulai ikan tongkok,ayam masak merah,daging masak rendang,roti jala dan segala jenis kuih..

Lepas makan apa lagi off to Cherating@ Ranting Beach Resort also known as Little Bali. Sampai jer di Cherating semua terjun ke laut..Lama xmandi laut dowh..G Bali pon xmandi laut..Jalan2 kat tasik,gunung berapi and shopping2 sampai lebam..

Malam BBQ start at 8pm. Masing2 mencuba pelbagai teori untuk menghidupkan api..Dengan berbekalkan starter dan arang 7 paket api berjaya dihidupkan. Menu malam BBQ ayam,ikan kembung,ikan sebelah and hotdog..Banyak gila lebih..Sampai basi..Sayang nasik goreng ngan ayam2 tu basi..

Next morning aktiviti mandi laut lagi..Pejal hampir2 lemas walaupon menggunakan gaya berenang anjing.. Hak3..Cubaan Anas untuk menyelamatkan Pejal gagal di situ..Anas hanya mampu menggelakkan Pejal dan menolak Pejal guna kaki jer..Kuang hajo gila Anas..Haha..Pejal berjaya diselamatkan Jack setelah perut kembung tertelan air laut..

Next stop makan sata di Warung Aziz Satar,Kemaman. 16 pinggan sata dan otak2..Gilo dak2 ni makan..Total belanja di sini RM170++ kot..Xingat la aku..Lepas tu off to pekan Kemaman singgah minum di kedai kopi cina Hai Peng..Entah halal ke x..Aku pon xtau la..Men belasah jer minum kopi..Singgah beli keropok lekor plak kat tepi jalan dekat ngan simpang umah Wahie..Perut aku dah start meragam balik..Singgah di Shell tanda kawasan.. Haha..Xlarat dah nak singgah mana2..Terus ke Perhentian Gambang..Aku tanda kawasan lagi..Jadi driver for the next 2 hours..Dak2 ni bantai membuta aku sorang2 je drive..Hawau betul..

Sampai di Genting Sempah jam 730 malam..Then off to my house..Selamat tiba di rumah jam 1030 malam.. Tired and exhausted..

Aku ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah keatas Dot dan Wahie sempena majlis pertunangan mereka di Kg Paya Berenjut,Kemaman,Terengganu pada 31/10/2009. Semoga kalian akan tabah menghadapi dugaan di alam pertunangan..Haha..Cakap macam aku dah ada pengalaman betunang jer..






















p/s - Congratz to Wahie N Dot..


No comments:

Post a Comment