Sunday, November 29, 2009

Liverpool Vs Everton

Tiga mata yang diraih di Goodison Park amat berharga buat Liverpool. Ini membolehkan mereka melonjak ke tangga ke-5 liga dan ketinggalan 2 mata di belakang Arsenal yang bermain kurang 2 perlawanan. Nasib ternyata kali ini menyebelahi Liverpool dalam perlawanan ini. Rembatan Mascherano dari luar kotak penalti terkena kaki Yobo dan melepasi jangkauan Howard untuk membolehkan Liverpool mendahului seawal minit ke-12. Namun selepas itu tidak banyak gerakan yang dilakukan oleh Liverpool. Everton menguasai perlawanan dan beberapa peluang tidak berjaya disudahkan oleh Jo dan Bilyaletdinov. Everton juga berjaya membolosi gawang Liverpool sebanyak 2 kali namun dinafikan oleh penjaga garisan kerana offside. Separuh masa kedua juga tidak banyak berubah. Everton tidak menyudahkan peluang yang dimiliki. Reina juga bertindak cemerlang dengan menyelamatkan percubaan Cahill dan Fellaini dan pada minit ke-80 Kuyt berjaya menjaringkan gol setelah percubaan awal Riera hanya berjaya ditampan oleh Howard.

Statistik perlawanan


Everton Liverpool
Shots (on Goal) 16(6) 11(5)
Fouls 15 12
Corner Kicks 6 4
Offsides 6 1
Time of Possession 45% 55%
Yellow Cards 1 0
Red Cards 0 0
Saves 4 6


p/s - Man of The Match - Reina..

Saturday, November 28, 2009

Preview Liverpool Vs Everton

Esok Liverpool akan bertandang ke Goodison Park bagi perlawanan derby yang ke 181 di dalam liga. Liverpool perlu bangkit dan melupakan kekecewaan yang melanda mereka di saingan Liga Juara-Juara musim ini. Berikut beberapa fakta menarik tentang Liverpool dan Everton.

1. Musim lepas Liverpool menang di Goodison Park dengan 2 jaringan Fernando Torres.

2. Liverpool telah menang 82 daripada 211 pertemuan dalam semua pertandingan manakala Everton memenangi 65 perlawanan dan 64 pertemuan berakhir dengan seri.

3. Esok merupakan perlawanan yang ke 181 dalam liga. Liverpool memenangi 68 manakala Everton 65.

4. Pemain terakhir yang melakukan hatrik di Goodison Park ialah Ian Rush pada November 1982 di mana Liverpool menang 5-0.

5. Dalam 11 perlawanan terakhir di Goodison Park, Liverpool hanya tewas dua kali.

6. Dirk Kuyt merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan 2 gol dalam perlawanan derby.

7. Steven Gerrard dan Phil Neville adalah dua pemain yang pernah dibuang padang sebanyak dua kali dalam sejarah derby.

Barisan Kemungkinan

Reina

Johnson - Carra - Agger - Aurelio

Kuyt - Masch - Aquilani - Bennayoun

Gerrard

Ngog



p/s - Tolonglah Rafa turunkan Aquilani dari awal..

Wednesday, November 25, 2009

Out Of Uefa Champion League

Finally my beloved team out of UCL. This is the first time under Rafa that the team failed to qualify into the knockout stage. Despite winning the game last night, Liverpool was unconvincing throughout the game. After scoring the 1st goal inside 5 minutes, I thought this is it. We will going to have a fiesta of goal. But the game turn into a dull match. Dirk Kuyt missed 2 sitters early in the 1st half and into the 2nd half Debreceni was far superior then Liverpool. They nearly scored in the injury time late into the game. Rafa tactic was questioned again. Why did he left a 20 million signing in the bench and only introduced him in the 90th minute ? What the hell is he thinking ? Okay I did agreed that he is not fully fit but if you want that guy to have a match fitness he need to play some games under his belt! And the result in Florence did not help us either. Fiorentina won their game and Liverpool was doomed into Europa League. Maybe its time for Rafa and The Yanks to go. The patience of the fans including me had reached its limit.

p/s - Disappointed with the performance and manager..Hope it will be King Kenny in charge again..

Tuesday, November 24, 2009

Preview Liverpool Vs Debreceni

Untuk menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati hari ini, Liverpool perlu menang di Hungary hari ini sambil mengharapkan keputusan di Florence, Itali memihak kepada pasukan yang digelar 'The Reds' itu. Berikut adalah situasi Liverpool untuk layak ke peringkat kalah mati.

1. Jika Fiorentina menang menentang Lyon, Liverpool akan tersingkir.

2. Jika Fiorentina seri dengan Lyon, Liverpool perlu menang dengan kelebihan 3 gol di Anfield.

3. Jika Fiorentina kalah dengan Lyon, Liverpool hanya perlu mencatatkan kemenangan di Anfield.


Pada malam ini juga, diharapkan Rafa akan menurukan Aquilani untuk bergandingan dengan Mascherano di tengah. Perlu diingat yang Liverpool perlu memerlukan kemenangan dan menurunkan 2 defensive midfielder tidak akan membantu mereka untuk mencari gol. Barisan kemungkinan untuk malam ini.

Reina

Johnson - Agger - Carra - Insua

Kuyt - Masch - Aquilani - Bennayoun

Gerrard

Ngog


p/s - Siaran langsung di Astro Saluran 813 jam 340 pagi..

Skuad 18 orang ke Hungary

Semalam skuad Liverpool yang terdiri daripada 18 orang berlepas ke Hungary untuk perlawanan menentang Debrecen. Torres dan Babel tidak menyertai skuad tersebut kerana masih mengalami kecederaan. Skuad yang berlepas dari John Lennon airport ialah


1. Pepe Reina
2. Diego Cavalieri
3. Glen Johnson
4. Daniel Agger
5. Fabio Aurelio
6. Emiliano Insua
7. Sotirios Kyrgiakos
8. Jamie Carragher
9. Martin Skrtel
10. Andrea Dossena
11. Alberto Aquilani
12. Steven Gerrard
13. Yossi Bennayoun
14. Javier Mascherano
15. Lucas Leiva
16. Jay Spearing
17. Dirk Kuyt
18. David Ngog


Monday, November 23, 2009

Football Master 2009

Semalam aku turun Stadium Putra Bukit Jalil dengan Mat Anaih Baling, Wan, Adik n Pidot..Ada event best gak la..Football master 2009 kembali lagi..Lagenda2 EPL tahun 90an beraksi spt Jason Mc Ateer, Andy Cole, Mark Wright, Ray Parlor, Ian Walker, Sasa Ilic, Don Hutchison n ramai lagi la..Tapi aku kecewa tgk2 Ian Rush ngan Steve McManaman xde..Ceh..Spoiler btol la..

Event start kul 5 ptg..Kasi ladies2 warm up game dl..Serina FC vs ape ntah..Serina FC ni artis2 la cm bini Afdlin,Nita,pastu pelakon n penyanyi..Team lagi satu ni terdiri drpd dj2 radio cm tini hot fm n hunny madu la..hot tu hunny madu..hak3..Tp tini hot fm mmg power men futsal..lek jer try dari tgh pdg..ala2 Xabi Alonso tuh..Luck jer xde..team korg ptt menang..

Then main event start..1st game Sheffield Utd Vs EPL All Star..EPL All Star mng game ni..Aku xigt score bape..Hehe..Pastu game ditunggu2 tiba..Liverpool Vs Man U..Kedengaran nyanyian2 dari supporter Liverpool..YNWA and Torres song..Hehe..Liverpool mng game ni 4-3..Liverpool mng next game lawan All Star 2-0..And last game mng lawan Sheffield Utd 6-2...

And final lawan sapa lagi kalo bukan Man U..Game agak rancak...Man U leading dgn gol dari Ronnie Johnson..Dibalas oleh John Durnin..Smart gol mamat ni..Pastu Man U leading balik..Jesper Blomqvist score..John Durnin score lagi..Mark Wright score untuk samakan kedudukan 2-2..John Durnin score untuk Liverpool mendahului 3-2..Tapi Blomqvist sekali lagi score untuk mengikat kedudukan 3-3...

Xde extra time..terus ke sepakan penalti..Semua org score kecuali Don Hutchison..So Man U menang 5-4..Gembira la penyokong setan meraikan kemenangan setan merah termasuk la setan kecik dan pendek sebelah aku..Hak3..



Brado2 layan bola..



Org layan bola..Ko layan awek Akon gayut...



Gua cam biase ngan baju Liverpool..



Hunny Madu in action..Go Hunny..Hehe..



The Reds warming up..

p/s - Gambar xbyk..Aku xde D90 cm kabu..

Sunday, November 22, 2009

Liverpool Vs Man City

Apa lagi yang boleh dikatakan.Kecewa.Itu sahaja rasanya yang boleh dikatakan.Sekali lagi mata penuh tidak dapat dikutip di Anfield dan sekali lagi gol bolos dari set-piece. Permainan pada awal yang rancak terganggu rentak akibat kecederaan yang dialami oleh Agger dan Babel dan 2 pertukaran perlu dilakukan seawal minit ke-18. Agger memerlukan 5 jahitan manakala Babel mengalami kecederaan buku lali. Setelah berjaya mendahului 1-0, Liverpool seakan tenggelam punca. Mereka sekadar bertahan dan akhirnya mengundang padah apabila bolos dari set-piece dan selang beberapa minit bolos lagi dengan jaringan Ireland yang berada dalam posisi offside. Namun Bennayoun berjaya membalas selang seminit kemudian. Namun tindakan Rafa memasukkan Aurelio boleh dipersoalkan. Kenapa memasukkan pemain pertahanan ketika Liverpool perlu mencari gol kemenangan. Liverpool sepatutnya memasukkan Aquilani atau pon pemain penyerang. Ketinggalan 13 mata dari pendahulu Chelsea dan boleh dianggap yang musim ini saingan dalam liga sudah berakhir. Rafa perlu menumpukan pada saingan Liga Juara-Juara supaya layak ke peringkat kalah mati dan memastikan Liverpool akan berada dalam top 4 dalam liga.


Statistik Perlawanan


Liverpool Manchester City
Shots (on Goal) 17(4) 9(4)
Fouls 10 13
Corner Kicks 7 3
Offsides 1 4
Time of Possession 57% 43%
Yellow Cards 2 0
Red Cards 0 0
Saves 2 2

p/s - Masih mencari kemenangan sejak perlawanan dengan Man U tempoh hari..

Friday, November 20, 2009

Menjelang Pertemuan Menentang Manchester City

Liverpool akan menentang satu lagi kelab dari Manchester iaitu Manchester City. Gerrard,Johnson,Agger dijangka dapat diturunkan tetapi Torres masih lagi diketepikan akibat kecederaan bersama-sama dengan Bennayoun dan Riera. Carragher akan kembali kesebelasan utama setelah digantung satu perlawanan kerana mengutip 2 kad kuning ketika menentang Fulham tempoh hari. Penyokong Liverpool juga mengharapkan Aquilani akan bermain dari awal perlawanan dan bukannya diletakkan di bangku simpanan. Bekas pemain Liverpool, Craig Bellamy pasti akan mengucarkacirkan pertahanan dengan larian pantas dan dibantu dengan Tevez, Adebayor dan Petrov, Manchester City dilihat agak berbahaya dengan serangan balas. Saksikan perlawanan ini di Astro Channel 812 21 November 2009 jam 840 malam.

Barisan kemungkinan

Reina

Johnson - Carra - Agger - Insua

Kuyt - Masch - Aquilani - Babel

Gerrard

Ngog


Simpanan - Cavalieri,Skrtel,Lucas,Voronin,Dossena,Spearing,Ecclestone

p/s - Livepool menang 2-1

Wednesday, November 18, 2009

Gosip Perpindahan Pemain

Beberapa pemain telah dikaitkan dengan gosip perpindahan ke Liverpool. Rafa yang perlu menguatkan skuad setelah kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan dilaporkan telah meneliti beberapa pemain yang memiliki potensi untuk bermain di Liverpool. Berikut adalah beberapa pemain yang dilaporkan akan berpindah ke Liverpool pada bulan Januari ini.

1. Eduardo
Kelab : Arsenal
Posisi : Penyerang
Asal : Croatia
Harga Ditawarkan : £
10 Juta

2. Lassana Diara
Kelab : Real Madrid
Posisi : Pemain Tengah
Asal : Perancis
Harga Ditawarkan : -

3. Eljero Elia
Kelab : Hamburg
Posisi : Sayap kiri
Asal : Belanda
Harga Ditawarkan : -

4. Simon Kjaer
Kelab : Palermo
Posisi : Pertahanan Tengah
Asal : Denmark
Harga Ditawarkan : -

5. Roman Pavlyuchenko
Kelab : Tottenham
Posisi : Penyerang
Asal : Rusia
Harga Ditawarkan :
£ 12 Juta

6. Milos Krasic
Kelab : CSKA Moscow
Posisi : Pemain Tengah
Asal : Serbia
Harga Ditawarkan :
£ 18 Juta

p/s - Kita lihat dan tunggu siapa yang akan ke Liverpool Januari ini

Monday, November 16, 2009

Investment Rumah Lelong

Saje aku nak post pasal rumah lelong kali ni..Aku sebenarnya dah lama minat dengan investment property..Kalo nak tgk blog2 otai cm sifu faris,sifu pie,sifu juruukur,sifu ct farazila n salah sorg senior aku time skolah dulu Tenang@Azman..

Aku mmg kagum dgn korg suma..Berani tanggung risiko..Fikirkan cara untuk maju ke hadapan dan dlm masa yg sama tidak kedekut ilmu untuk tolong yang lain2..Aku folo blog2 diorg dari tgh tahun lepas rasanye..Cuma jadi SR jer la..Hehe..Malu nak tegur2..Ilmu di dada xbyk lagi..hehe..

Persaingan semakin sengit dalam rumah lelong skang..Kalo tahun2 lepas nak dpt RP tu senang2 jer..Skang ni harapan jer la..Hehe..Fight mmg kaw2 la..Kdg2 ada yang bid lebih dari MV pon ada..So emosi amat penting dan memainkan peranan untuk join auction..Aku sendiri xpnah join auction..Tp byk belajar dari blog2 dan melalui pembacaan..

Mungkin rmai yang xberapa nk nampak apa untung kalo kita join property investment ni..Aku tolong la terang sket..Kata la kita bid satu umah ni..RP dia rm80k..MV umah area situ rm100k.. Dah untung bape tu..Dekat rm20k diskaun..Lepas tu tgk la area situ hot ke x..Ade kilang/IPTA/kemudahan pengangkutan..Kalo cantik bley la sewa dlm rm600-750..suma ini bergantung kepada kawasan..

Kita kira plak berapa yang kita untung..

Rumah rm80k..
Deposit 10% - rm8k
Loan 90% - rm72k

Monthly payment bank - rm387..Aku amik 5% interest..Tempoh 30 tahun..
Maintenace monthly - rm100 (contoh jer)
Income sewa - rm 600

So bape dah dpt kat situ..RM 600 - (rm387+rm100) = RM 113..

Senang2 je goyang kaki bulan dpt untung rm113..Sapa nak bg tu..Hehe..So kalo kita invest dalam property mmg untung..Cuma kawasan kena strategik..So apa lagi kawan2..Kalo modal dah ckup..Ilmu dah ckup..Cuba la invest dlm bidang ni..Orang lain dah mula..Kita bila lagi ? Hehe..




Sunday, November 15, 2009

International Break

Tempoh berehat 2 minggu ini akan digunakan sepenuhnya oleh pemain-pemain Liverpool untuk menghadapi Manchester City di Anfield. Kecederaan yang melanda skuad pasti akan memeningkan Rafa namun baginya itu bukan alasan. Liverpool perlu menang bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga iaitu Chelsea. Tempoh berehat ini juga akan menentukan negara-negara yang akan layak ke Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung pada musim panas ini di Afrika Selatan.

Liverpool juga akan menggunakan tempoh ini untuk memantapkan bahagian pertahanan yang begitu longgar musim ini. Kebanyakkan gol yang dilepaskan musim ini berpunca dari set-piece iaitu sepakan percuma,sepakan penalti dan juga sepakan sudut. Zonal marking yang diterapkan oleh Rafa dikritik oleh sebahagian besar penganalisis bola sepak. Namun mereka juga lupa yang konsep man marking juga boleh menyebabkan pintu gol dibolosi. Ingat lagi bagaimana Chelsea kalah di Wigan ? Sebenarnya pemain-pemain perlu memberi fokus dan juga perhatian terhadap zon yang mereka kawal.

Berbalik kepada menjelang pertemuan Manchester City, Liverpool pasti mengharapkan Steven Gerrard dan Fernando Torres kembali cergas. Mereka hanya bermain bersama dalam beberapa perlawanan untuk musim ini dan dua pemain ini diharapkan untuk Liverpool kembali ke landasan yang betul di dalam saingan liga dan juga liga-liga juara.


Friday, November 13, 2009

Progress Rumah November 2009

Minggu lepas lalu Kesas ms nk g umah Ucu aku kat Johan Setia..Usha2 progress umah aku..Wow3..Dah makin hampir nk siap..Masih dlm fikiran nk jual ke nk duduk situ..Kalo jual at least dah untung byk gak la..Hehe..Bley la wat modal carik umah2 lelong wat sewa ke..Tp kalo jual tahun depan kena cas 5% tax dari gov..Damn asik nk makan duit rakyat jer..Rakyat diutamakan la tu..Hehe..

Umah ni kalo ikut schedule bulan August 2010 baru siap..Tp kalo tgk progress skang ni..Aku rase by Julai dah bley siap kot..Tinggal nk pasang tiles,cat skit2,wat jalan,longkang..Tapi aku rase aku puas hati ngan developer projek ni..Nampak kemas la finishing yg depa wat..Xde la cincai2 jer..Progress dah 55% byr interest pon dah tinggi..Arap2 la Sapura dpt increment tahun depan..Amin..




Pandangan Depan



Ruang tamu dan makan



View dari master bedroom

p/s - Nak jual ke nak duduk sini...

Sessi Karaoke Bersama WWG Di Alamanda

Lokasi: Alamanda,Putrajaya
Waktu: 9pm-2am

Setelah pelbagai2 janji melayu dan mamak dibuat semua berjaya berkumpul di McD kul 930 kot..Itu pon payah nak call..Line Celcom cam haram semalam..Bodo nye Celcom..Kasi susah sama orang jer..

Aktiviti bermula dgn menyantap french fries Pad ngan Adik..Paw sudey..Haha..Aku ngan Wan bg alasan dah mkn..Hik3..Sambil2 kat McD mcm biase kutuk2 Pad yang tgh queue kat kaunter..Hak3..Adik byk giler kutuk ko Pad..Kalo aku mmg aku xanta dia balik smlm..

Karok start kul 11pm..Lepak2 di luar sambil menghirup udara segar dan melihat keindahan ciptaan alam..Mmg indah betul..Sume 'baik2' jer..Tunangan orang turut same mengusha..Aku jadi mat port kat Wahie kang Dot..Haha..

Lagu pertama disumbangkan oleh budak Bukit Rotan..Dengan slang2 jawa kedengaran dia nyanyi lagu indon ape ntah..Aku pon xtau tajuk lagu tu..Lepas tu Anas plak dgn lagu Bukti - Fiq..Tp MOTM aku bg kat kapten la..Mmg terbaek sore Kapten Mangga mlm td..Sume lagu selamber dia tarik..Dlm kul 12 Jack Kabu smpi bersama Caa dan juga cup cake..Cantikk...Mmg layan cup cake ko Caa..Mangga selamber jer abiskan..Hehe..

Lps karok cm biase minum2 kat P15..Niat untuk menepung Jack telah terbantut di hati..Seb baik ko Jack..Kalo x dak2 ni nk letak tepung la..serbuk kari Baba's la..Tp masing2 dah matang kot..Smpi umah kul 230am..Ngantuk giler...
















p/s - Happy Birthday Jack..


Tuesday, November 10, 2009

Krisis Berterusan

Krisis yang melanda Liverpool masih lagi berterusan. Dengan hanya satu kemenangan dalam 9 perlawanan terakhir, peluang Liverpool untuk menyaingi pasukan lain di dalam liga boleh dikatakan tertutup. Ketinggalan 11 mata dari Chelsea, Liverpool perlu mengharapkan keajaiban untuk memberi saingan dalam liga. Perlawanan menentang Birmingham sebentar tadi amat mengecewakan. 3 mata perlu diraih untuk menghidupkan saingan di dalam liga. Namun hanya satu mata yang berjaya diperolehi dan Birmingham satu-satunya pasukan yang masih belum ditewaskan Rafa di dalam liga. Liverpool bermula dengan cemerlang dan menguasai perlawanan. Ngog membuktikan beliau bileh mengisi kekosongan akibat kecederaan oleh Fernando Torres. Zonal marking sekali lagi memberi masalah kepada Liverpool. Jumlah gol yang dilepaskan musim ini kebanyakannya berpunca dari set piece dan sekali lagi Rafa pasti akan dikritik disebabkan sistem ini.

Kalau mengikut statistik perlawanan pasti analisis akan hairan bagaimana begitu banyak penguasaan bola dan juga percubaan yang dilakukan oleh Liverpool. Dari 35 percubaan hanya 7 yang tepat manakala selebihnya tersasar. Ini perlu diberi perhatian oleh Rafa dan sepakan sudut juga tidak membantu Liverpool. Sejak pemergian Hyypia, Liverpool tidak mempunyai ancaman lagi dari sepakan sudut. Lihat saja Chelsea yang ada Terry, Man U dengan Vidic, Arsenal mempunyai Gallas namun Liverpool tidak mempunyai pemain yang boleh melakukan ancaman seperti pemain-pemain top 4 yang lain.

Liverpool perlu mencari jalan untuk keluar dari situasi ini. Bulan Januari dilihat memberi kesempatan untuk Rafa mencari pemain-pemain baru untuk menhidupkan sisa-sisa perjuangan di dalam liga.

Statistik perlawanan


Liverpool Birmingham
Shots (on Goal) 35(7) 5(2)
Fouls 8 9
Corner Kicks 11 1
Offsides 2 3
Time of Possession 78% 22%
Yellow Cards 1 2
Red Cards 0 0
Saves 0 5

p/s - YNWA

Monday, November 9, 2009

Liverpool Vs Birmingham

Liverpool akan turun malam ni dengan satu misi iaitu untuk meraih 3 mata penuh dan cuba merapatkan diri dengan pendahulu liga, Chelsea. Kecederaan yang melanda skuad Liverpool pasti mencacatkan persiapan Rafa namun dikhabarkan Torres sedia beraksi jika khidmat beliau diperlukan. Manakala Gerrard pula diberitakan sudah mula menjalani latihan ringan tapi peluang untuk diturunkan agak samar. Sementara itu pemain yang baru menyertai Liverpool pada musim lepas lalu, Alberto Aquilani mungkin akan membuat kemunculan pertama di Anfield malam ini. Rafa berkata Aquilani masih belum cergas 100% dan mungkin akan membuat kemunculan sekitar minit ke60.

Barisan kemungkinan :

Reina

Darby - Agger - Skrtel - Insua

Kuyt - Masch - Lucas - Babbel

Bennayoun

Torres


p/s - Liverpool menang 3-0

Tuesday, November 3, 2009

Status Kecederaan Pemain Liverpool

Masalah kecederaan yang dihadapi oleh Rafa sedikit merencatkan perancangannya untuk bertemu Lyon di Perancis 4 November ini. Liverpool perlu menang untuk mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati.9 pemain Liverpool menghadapi kecederaan dan beberapa pemain dilaporkan tidak akan terbang ke Perancis. Rafa yang dikritik kerana mengeluarkan Torres ketika kedudukan di Fulham masih terikat 1-1 berkata, beliau hanya cuba memberi perlindungan kepada Torres kerana masih belum 100% sihat dan ada khabar angin yang mengatakan Torres dan Gerrard mungkin terpaksa dibedah. Status kecederaan pemain Liverpool :
  • Steven Gerrard (groin)
  • Albert Riera (hamstring)
  • Martin Kelly (ankle)
  • Martin Skrtel (muscle)
  • Daniel Agger (back)
  • Glen Johson (calf)
  • Fabio Aurelio (calf)
  • David Ngog (ankle)
  • Alberto Aquilani (virus)

Monday, November 2, 2009

Juan Manual Mata


Seorang lagi pemain Sepanyol Juan Mata dikaitkan dengan Liverpool. Pemain yang bermain di posisi sayap kiri di Valencia ini dijangka akan menguatkan sayap kiri Liverpool yang agak tidak konsisten musim ini. Ryan Babbel dan Albert Riera banyak menghabiskan masa di bangku simpanan. Tawaran sekitar 16.5 juta pound sterling dijangka akan ditawarkan pada bulan Januari 2010 kepada Valencia yang teruk dilanda krisis ekonomi dunia. Walaupon ramai pihak menjangkakan Liverpool sendiri tidak akan membuat tawaran sehingga 16.5 juta pound sterling namun ada yang menjangkakan Babbel akan dijual untuk menampung kos pembelian Mata. Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi di bulan Januari 2010 nanti.


Personal Info

Nama penuh : Juan Manuel Mata Mejia
Tarikh lahir : 28 April 1988

Tempat lahir : Madrid
Tinggi : 170 sm
Posisi : Sayap kiri

Kelab terdahulu : Real Madrid, Valencia

p/s - Pendapat aku striker yang patut kita cari.Kalau Torres cedera tinggal Ngog dan Voronin sahaja.

Tahniah kepada Dot N Wahie

Weekend lepas satu journey to the east telah dianjurkan oleh Weng-Weng Club ke Kemaman,Terengganu.Seramai 23 orang telah meyertai konvoi tersebut. Konvoi dari Genting Sempah ke Kemaman bermula jam 10 pagi setelah pelbagai janji2 manis melayu ditabur oleh ketua konvoi yang pada mulanya berkata pukul 9 pagi sharp kita gerak..

Ahli-ahli Weng-Weng Club agak terhibur dengan keletah dan situasi Pad di mana beliau seorang kene kencing pakai baju melayu..Hak3..Takpe Pad itu hari memang ko nak terkena nak buat macam mana kan..Lain kali ko kenakan adik..Tak sedar diri budak tu..Nasib baik ada bisul jer kat belakang badan..

Kami tiba di Kemaman jam 1 petang. Masing2 kelaparan dan setia menanti kehadiran abang long. Majlis bermula jam 230 petang dan ternampak kelibat Savvy biru di penghujung lorong rumah Wahie..Ececece..Malu2 Dot nak ke rumah Wahie..Dot tampak segan,tampan dan bergaya dengan mengenakan baju melayu berwarna hijau dan bersamping..Songkok jer xde..Mano songkok ko poie jang ?

Habis jer perbincangan di antara family Wahie dan Dot masing2 menyerbu meja makan yang diketuai oleh Wan dan dicucuk rapat oleh Pejal..Menu rumah Wahie special gak la Nasi dagang,gulai ikan tongkok,ayam masak merah,daging masak rendang,roti jala dan segala jenis kuih..

Lepas makan apa lagi off to Cherating@ Ranting Beach Resort also known as Little Bali. Sampai jer di Cherating semua terjun ke laut..Lama xmandi laut dowh..G Bali pon xmandi laut..Jalan2 kat tasik,gunung berapi and shopping2 sampai lebam..

Malam BBQ start at 8pm. Masing2 mencuba pelbagai teori untuk menghidupkan api..Dengan berbekalkan starter dan arang 7 paket api berjaya dihidupkan. Menu malam BBQ ayam,ikan kembung,ikan sebelah and hotdog..Banyak gila lebih..Sampai basi..Sayang nasik goreng ngan ayam2 tu basi..

Next morning aktiviti mandi laut lagi..Pejal hampir2 lemas walaupon menggunakan gaya berenang anjing.. Hak3..Cubaan Anas untuk menyelamatkan Pejal gagal di situ..Anas hanya mampu menggelakkan Pejal dan menolak Pejal guna kaki jer..Kuang hajo gila Anas..Haha..Pejal berjaya diselamatkan Jack setelah perut kembung tertelan air laut..

Next stop makan sata di Warung Aziz Satar,Kemaman. 16 pinggan sata dan otak2..Gilo dak2 ni makan..Total belanja di sini RM170++ kot..Xingat la aku..Lepas tu off to pekan Kemaman singgah minum di kedai kopi cina Hai Peng..Entah halal ke x..Aku pon xtau la..Men belasah jer minum kopi..Singgah beli keropok lekor plak kat tepi jalan dekat ngan simpang umah Wahie..Perut aku dah start meragam balik..Singgah di Shell tanda kawasan.. Haha..Xlarat dah nak singgah mana2..Terus ke Perhentian Gambang..Aku tanda kawasan lagi..Jadi driver for the next 2 hours..Dak2 ni bantai membuta aku sorang2 je drive..Hawau betul..

Sampai di Genting Sempah jam 730 malam..Then off to my house..Selamat tiba di rumah jam 1030 malam.. Tired and exhausted..

Aku ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah keatas Dot dan Wahie sempena majlis pertunangan mereka di Kg Paya Berenjut,Kemaman,Terengganu pada 31/10/2009. Semoga kalian akan tabah menghadapi dugaan di alam pertunangan..Haha..Cakap macam aku dah ada pengalaman betunang jer..






















p/s - Congratz to Wahie N Dot..


Liverpool Vs Fulham

Selepas kemenangan ke atas kelab setan merah Ahad lepas, semangat fan2 Liverpool kembali membara.Mereka mengharapkan rentetan kemenangan akan berterusan. Namun sekali lagi Rafa menjadi tumpuan pihak media dan penganalisis bola sepak seluruh dunia.

Dengan kedudukan masih seri 1-1 dan pada minit ke 63 Torres dikeluarkan dan digantikan dengan Ryan Babbel yang sering kali mengecewakan walaupon sering kali diberi peluang oleh Rafa. 2 kad merah yang dilayangkan oleh pengadil ke atas Carra dan juga Degen menambah luka ke atas TheReds.

Sekarang semua tumpuan terarah ke Perancis di mana Liverpool akan bertemu Lyon dan begitu memerlukan kemenangan untuk menghidupkan harapan ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Statistik perlawanan :


Fulham Liverpool
Shots (on Goal) 13(6) 10(1)
Fouls 10 13
Corner Kicks 2 2
Offsides 3 2
Time of Possession 36% 64%
Yellow Cards 1 0
Red Cards 0 2
Saves 0 3


p/s - Goals do count Rafa,possesion means nothing..